Assalamualaikum,
Sakit ni ujian Allah SWT, dan insyaAllah akan menyucikan dosa-dosa kita, jadi bersabarlah.
Sakit perut ni jika dalam perubatan moden memmang lah kompleks sikit. Sebab ia banyak kategori dan jenis, manakala gejala-gejala pada setiap penyakit pula adalah hampir sama.
Dyspepsia, gastritis, gastroeso reflux dan ulser peptik semuanya mempunyai simptom-simptom yang saudara nyatakan.
Perut banyak asid pula dikenali sebagai dyspepsia asid dan biasanya ia disebabkan oleh ulser perut dan gastroeso reflux (asid HCL ditendang naik ke atas meyebabkan paras asid dalam perut tinggi).
Apa pun punca sakit perut ini bolehlah pada amnya terbahagi kepada empat;
1. Terlebih asid hidroklorik (HCL) dalam perut.
2. Ulser perut (ulser peptik)
3. Hakisan pada lapisan mukosa (dinding dalam perut).
4. Jangkitan bakteria Helicobacter pylori.
Rawatan pula biasanya berpandukan punca penyakit. Jika disebabkan oleh jangkitan kuman, maka antibiotik (eg amoxycillin) akan diberikan. Jika punca asid maka anti asid (antacid) atau agen menyekat pengeluaran HCL (eg cimetidine dan omeprazol) digunakan.
Masalahnya adalah jika punca adalah kanser perut, itu lain pulak ceritanya.
Cuma perlu diingatkan JANGAN TAMBAH asid dalam perut anda. Elakkan makan buahan citrus, merokok. Elakkan mengambil ubat tahan sakit yang kuat kerana mereka selalunya dikaitkan dengan asid (ponstan, ibuprofen, aspirin).
Elak makan makanan bemiyak (goreng), pedas dan berempah.
Jangan dok tension sangat dan banyakkan berehat, ingat stress boleh memburukkan lagi sakit perut, mengurangkan daya tahan penyakit (immune) dan menyebabkan darah tinggi.
Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap, dan amalkan makan mengikut jadual makan yang betul.
Yang penting sekali berdoa bersungguh-sungguh minta dengan Allah SWT supaya sembukab penyakit, ingat kita hanya berusaha.
Jangan pandang ringan sakit perut, jika keadaan dah teruk sangat maka ia mampu membawa maut. Contohnya perut berlubang (perforated stomach) yang memerlukan rawatan pembedahan.
InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment