Wednesday

SANTAU..

Siapa yang biasa dan mudah terkena SANTAU di sini!

Saudara pembaca yang di hormati, di dalam sepanjang pengalaman banglong, mangsa-mangsa ilmu hitam ini terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat tidak kira miskin, kaya menteri-menteri atau pun orang yang ternama, malahan ada juga yang menjadi sasaran ilmu-ilmu ini terdiri daripada golongan ulama sendiri.

Bagaimana ini boleh terjadi? Ini tidaklah menghairankan jika kita mengingati bahawa mengikut sebahagian ulama, Rasulullah s.a.w. sendiri telah kena pukulan sihir oleh seorang yahudi di zamannya. Untuk sahihnya sila rujuk kepada guru-guru agama yang arif.

Begitu juga dengan Nabi Allah Ayub AS yang menderita berpuluh-puluh tahun akibat perbuatan sihir. Nah, apakan lagi manusia biasa yang sering-sering lupa atau pun lalai di dalam menunaikan perintah ALLAH yang wajib dan ada juga yang menyimpan perasaan hati hasad dengki sesama sendiri. Maka dengan ini manusia tersebut akan lebih senang lagi dikuasai dan dipermain-mainkan oleh Iblis Syaitan laknat terkutuk.

Jadi saudara pembaca yang kami hormati, sejarah ini adalah pedoman yang positif bagi kita untuk menginsafi yang tiada siapa boleh terhindar dari pukulan-pukulan ilmu-ilmu sihir ini kecuali dengan kuasa ALLAH SWT.

Kita jangan lupa bahawa yang selalu mendapat ujian-ujian pahit dari ALLAH adalah orang-orang yang beriman sebagaimana yang diterangkan oleh ulama-ulama selama ini.

No comments:

Post a Comment

Feedjit